June 11, 2017

Birthday ke 30 dah..

Assalamualaikum wbt

Dah masuk 16 Ramadhan, now pukul 11.22 malam. Sebenarnya duk tunggu iPhone update iOS 11 Beta. Tapi rasa update esok je kot, sebab status dia 5 hours macam tu, maybe wifi ramai lagi duk guna tak tidur ni.


Seriously Faa busy. Busy dengan kerja, balik rumah penat... kadang-kadang tu, weekend pun kerja jugak. 9 June lepas hari lahir faa yang ke 30, malangnya.... faa tak rasa macam 30, haa sudahhh... tak takut ke raya ni dapat soalan-soalan makcik kepoci tanya bila nak kahwin? hahaha~


My Birthday Cakes. TQ Kak Da belanja :) 

Faa rasa tahun, raya kat rumah jer. Paling tidak gi umah pak sedara dan akak-akak. Past umah member ofis, member kampung malas gi kot, haha jahat gila. sebab member kampung @ member sekolah ni semua dah kahwin, aku nak gi umah dorang.. seketul sorang diri pehal. baik duk umah makan biskut raya jela...


Macam tahun lepas, lepas raya Roadtax mati. So of course la, kena jimat-jimat sikit nak buat roadtax. So raya tahun, faa banyak save duit buat roadtax. Biskut-biskut raya pon tak beli.. ingat nak wat Dahlia je nanti. Wat sikit dah la... ambik feel buat biskut raya..


Tahun ni, ada orang jauh nak datang beraya. InshaAllah jumpa la raya nanti.. See you this raya inshaAllah...


Alhamdulillah, Puasa tahun ni... Faa tak semput sangat. Sahur makan Oat, Pisang ngn Kurma macam tu je. sebab kalau makan nasi, lagi rasa cepat penat. So Oat okay, pukul 5-6 tu, Faa masih lagi okay, just nice.. takde rasa nak pitam macam selalu...


So, for now.... jeng jeng... berat faa dah 52-53kg macam tu... hehe... from 65kg, dalam 3 bulan turun ke 55 kg... masuk puasa ni, turun lg Alhamdulillah... Arahan doktor 50kg... tengok la raya nanti, makan tak ingat... lepas tu, dengan Open house lagi... Moga seorang Faa tabah tengok makanan2 sedap...

tu je kot. Good night...

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran :)




No comments:

Post a Comment